Kisah Asiah Isteri Firaun

Tuesday, October 19, 2010
Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat ialah Firaun. Dia bukan sahaja tidak mengakui adanya tuhan, malah mengangkat dirinya sebaai tuhan yang berhak disembah dan menyatakan di hadapan rakyat jelata bahawa dialah tuhan yang maha tinggi. Akibat ketakutan, seluruh rakyat jelata sanggup menyembah dan mengakui dirinya sebagai tuhan.
Segala seruan nabi Musa dan Harun tidak pernah dihiraukan. Malah pernah suatu ketika, Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dan bersimbah darah, lalu dikatakan kpd rakyat jelata bahawa dia telah membunuh tuhan nabi Musa sedangkan darah itu hanyalah darah burung yang Allah tetapkan supaya terkena sasarannya supaya bertambah kesombongan dan kekafirannya.
Seluruh rakyat dipaksa menyembahnya dan sesiapa yang ingkar akan dibunuh. Walaupun seluruh rakyat menyembahnya, namun ada seorang yang dekat hubungan dengannya berani mengingkari dirinya sebagai tuhan iaitu isterinya sendiri, Asiah. Dialah satu-satunya yang beriman kpd Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya terbongkar apabila ucapan perkataan ‘Allah” terbit dari mulutnya secara tidak sengaja. Firaun berusaha memujuk supaya beliau kembali kpd kekafirannya, namun pendirian Asiah tetap tidak berubah. Setelah pujukan Firaun dgn kata2 yg lembut tidak berjaya, Firaun menggunakan kekerasan untuk mengubah pendirian Asiah. Kata Firaun : “ Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah akan aku pancung!”.
Jawab Asiah : “ Wahai Firaun, lakukanlah sahaja apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau dapat menguasai pendirianku, dan sekali lagi aku nyatakan bahawa tuhanmu adalah tuhanku adalah Allah. Lalu Firaun membuat pengumuman kpd rakyat bahawa seorang perempuan akan dipancung akibat tidak mengakui ketuhanannya iaitu Asiah, isterinya sendiri.
Pada masa yang ditentukan, berkumpullah semua rakyat disuatu tempat di mana Asiah diikat pada sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa memujuknya namun berulang kali Asiah menyatakan pendiriannya tetap tidak akan berubah. Lalu Asiah memohon kpd Allah S.W.T sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud : “ Dan Allah mengemukakan satu missal perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim.”
Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah peerintahkan kpd malaikat : “ Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."
Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah mencabar kematiannya dan Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis, malah tersenyum. Begitulah kisah Asiah yang penuh dgn dugaan. Walaupun dihukum oleh suami sendiri, namun beliau tetap sabar dan tabah menerimanya. Dengan keberanian dan keimanan yang teguh telah melayakkan beliau berada di dalam syurga bersama kekasih Allah tercinta. Semoga cerita Asiah menjadi pengajaran kepada kita, di mana hanya Allah S.W.T sahajalah tuhan kita yang satu.

3 comments:

Nur Adila said...

Ya Allah.....kurniakanlah iman ku sepertinya...

zura said...

Menitik air mata i membaca sejarah isteri Firaun. Thank you.

fatin09 said...

sejarah jiwa keimanan yang kental dan teguh

Post a Comment